Monday, 14 September 2015

Zaman Kegemilangan Melayu Melaka

ZAMAN KEGEMILANGAN MELAKA

Assalamualakum dan selamat sejahtera. Kami daripada kelas DKA 1 B yang terdiri daripada empat orang pelajar yang bernama Muhammad Afiq bin Abdul Rahim(16dka15f1060), Muhamad Zafran bin Muhamad Fadzli(16dka15f1055), Wan Ahmad Syazani bin Wan Ali(15dka15f1063) dan Ahmad Nur Akmal bin Ahmad Tahshim(16dka15f1997)
1.1 Kerajaan-kerajaan melayu

Kewujudan kerajaan-kerajaan Melayu ini adalah bukti perkembangan ketamadunan Melayu, iaitu akar umbi pembentukan negara Malaysia. Perkembangn kebudayaan kerajaan-kerajaan melayu ini meliputi aspek pemerintahan, perundangan, institusi sosial dan ekonomi.

1.1.1 Kerajaan Melaka

Merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Beberapa buah kerajaan lain di Tanah Melayu telah wujud zaman pra Islam lagi seperti kerajaan Kedah dan kerajaan Perak. Selain Tanah Melayu, kepulauan Asia Tenggara juga telah melihat kemunculan beberapa buah kerajaan agung lain sebelum melaka seperti kerajaan Funan, Srivijaya dan Majapahit. Kesultanan melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi. Srivijaya merupakan kerajaan Maritim. Keajaan ini merupakan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu-Buddha serja pengajian bahasa sanskrit. 

PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Srivijaya telah diserang Majapahit dan menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan pengikutnya mengundur diri ke Temasik(Singapura). Singapurwa pada waktu itu telahpun mempunyai politik tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya, Siam. Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu sang Aji Singapura, Parameswara bertakhta disitu. Ayudhya telah membuat serangan balas keatas Singapura pada tahun 1398. Kemudian, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri. Pada mulanya baginda bertapak di Muar, seterusnya di Sening Ujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 2400.
    Walaubagaimanapun, ketika Parameswara sampai di Melaka, Di situ telahpun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut Melaka, iaitu bersempena dengan nama sebatang pokok yang bernama Malaka.

PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Apabila membuka pertempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Namun, negara China masih merupakan kuasa perdagangan yang kuat. Sesebuah kerajaan dianggap beruntung sekiranya mendapat pengiktirafan daripada maharaja China. Maharaja Yung Lo, iaitu maharaja negara dari dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar-saudagar yang datang dari Timur Tengah seperti Arab dan Parsi.
    Pada tahun 1405, utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan pemerintahannya(Parameswara) ditabalkan sebagai raja. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho telah menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China

PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

  • Melalui pemahaman terhadap bentuk pemerintahan awal di Melaka, kita dapat menggambarkan sistem pemerintahan pada hari ini yang masih diamalkan dalam sistem beraja negara. Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerrintahan awal di Melaka ialah raja atau 'Yang di-Pertuan'. 
  • Apabila pemerintah kerajaan Melaka mula memeluk Islam, pemerintahnya digelar sultan dan syah.
     


  • Raja mutlak yang bermaksud kedudukan dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat.
  • Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakat pada waktu itu, iaitu konsep 'taat setia', derhaka, daulat dan nobat. 
  • Antara bahasa istana yang digunakan seperti titah, patik, murka, kurnia dan anugerah. Isitilah-istilah lain pula seperti bersiram gering berangkat dan mangkat.
  • Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghadiri perbicaraan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.

Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing-masing/Sistem ini dipanggil sistem pembesar empay lipatan


BENDAHARA

Merupakan menteri utama yang bertindak sebagai penasihat kanan raja. Beliau mestilah berketurunan raja dan mempunyai pertalian rapat dengan raja. Beliau menjadi pemangku raja semasa ketiadaan raja. Bendahara boleh bertindak sebagai ketua hakim sekiranya raja tidak ada. Beliau juga berperanan sebagai pemilih dan pelantik raja.

PENGHULU BENDAHARI

Beliau adalah bendahari kerajaan yang mengawal perbendaharaan negara. Beliau bertanggungjawab memungut cukai dan hasil negeri. Beliau juga menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua ketua syahbandar

TEMENGGUNG

Beliau berperanan sebagai pelaksana atau ketua undang-undang, peraturan negeri dan keselamatan. Beliau juga digelar sebagai ketua polis negara. Justeru, beliau menjaadi pendakwa sekiranya berlaku kesalahan individu yang terbukti. Dalam soal adat istiadat, beliau bertindak sebagai ketua protokol.

LAKSAMANA

Jawatan ini agak baharu daripada jawatan yang lain. Tokoh pertama yang menyandang jawatan ini adalah Hang Tuah, iaitu semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah. Laksamana juga merupakan pahlawan dalam peperangan, terutama di laut. Laksamana digelar 'Raja di laut' dan mengetuai semua pahlawan kerajaan. Beliau bertanggungjawab memikul pedang kerajaan. Dalam upacara rasmi serta menjadi diplomat dan membawa utusan kerajaan.

  • Selain empat orang menteri utama ini, wujud golongan pentadbir lain yang tidak kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai pangima besar, ulama, mandulika, manteri, seri bida diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan pemerintah dan golongan diperintah.
  • Sistem pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah.
  1. Kota Melaka
  2. Wilayah-wilayah pegangan/ permakanan
  3. Wilayah-wilayah taklukan di jajahan takluk
  • Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula dipertanggungjawabkan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar 'Mandulika'. Wilyah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain.
  • Jajahan-jajahan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor Kedah , Perak,Pahang, Klantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan meliputi juga Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat, Bentan, Lingga dan lain-lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
  • Kerajaan Melayu Melaka terkenal sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang.
  • Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Kedudukannya yang stratergik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari timur dan barat.
  • Menggalakkan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat penyebaran Islam
  • Melaka juga Berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak istana
FAKTOR-FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA

  • Kemunculan Melaka sebagai sebuah kerajaan agung dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu:
  1. Faktor semulajadi atau geografi
  2. Faktor ekonomi
  3. Faktor politik dan pentadbiran
FAKTOR SEMULAJADI ATAU FAKTOR GEOGRRAFI

  • Kedudukannya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsa
  • Pelabuhan Melaka memiliki kelebihan dari segi kedudukan 'di pertemuan angin monsun' iaitu pertembungan dua angin monsun utama yang membantu pelayaran, Selat Melaka strategik kepada kapal-kapal kerana terlindung daripada tiupan angin kencang.
  • Kemasyhuran perdagangan Melaka dipengaruhi oleh kekayaan hasil sumber asli persekitarannya.
  • Orang melayu di persisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan.
  • Pelabuhan Melaka juga menikmati kelebihan kerana semenanjung tanah melayu kaya dengan sumber galian.
  • Tradisi menggunakan warna kuning dalam institusi diraja Melayu Melaka dan negeri-negeri yang lain juga berkaitan dengan kemewahan penggunaan emas di istana raja-raja melayu.
  • Selain emas, bijih timah juga diusahakan semenjak awal 
  • Di persisiran pantai Melaka terdapat deretan hutan bakau.
FAKTOR EKONOMI

  • Kedudukannya yang di tengah-tengah jalan perdagangan, Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar menjadi barang dagangan yang penting ketika itu.
  • Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang maju dan berjaya.
FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN

  • Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik.
  • Melaka juga mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan orang laut dan tokoh-tokoh kerajaan. Kewujudab sistem undang-undang yang baik dan tersusun, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Melaka juga mempunyai sistem pembendaharaan kerajaan yang tersusun, termasuklah cukai dan jual belinya. Proses jual beli di Melaka menggunakan mata wang dalam bentuk emas, perak dan timah. Di samping itu, bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan.

  • VIDEO ASAL USUL DAN KEGEMILANGAN MELAKA


No comments:

Post a Comment